Isnin, 24 Ogos 2009

Semoga aku aku berjaya menjalankan ibadah puasa.....

salam Ramadan semua..!

syukur alhamdulillah aku dapat menjalankan ibadah puasa hari yang pertama...tapi sedey yang amat sangat sebab 2 jam kemuadian aku termuntahkan kembali apa yang aku makan ketika waktu berbuka... aku terus jadi lemah dan tak bermaya...

Semalam aku tak puasa..even tak puasa aku takde selera nak makan.. badan still lemah lagi.. Ya Allah, cukup alahan yang aku alamai setakat ini. Tak tertanggung rasanya diriku dengan dugaan ini..

Khamis, 20 Ogos 2009

aMaLan-2 yg BaiK KetIkA HaMiL...

Assalamualaikum..... pertama-tama sekali syukur kehadrat Nya kerana aku masih boleh melakukan kerja seharian walaupun kekadang rasa letih sangat..waktu terluang kat opis aku cari r info or amalan yang baik dilakukan oleh ibu hamil...
Antaranya ialah:
  • Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat.
  • Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya.
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.
  • Sentiasa berakhlak yang baik.

sebenarnya aku harap sangat aku dapat menjalankan ibadah puasa sampai habis...tapi aku tak tahu sama ada aku dapat menjalankan kewajipan itu atau tidak.. sebelum mengandung tak makan nasi 1 hari pon tak pe. tapi sejak berbadan dua ni tak bole lapar langsung...terus rasa lemah, nak muntah la , tak sihat la...huhuhuhuu

korang doakan moga aku kuat semangat n dapat menjalankan ibadah puasa ye..!

Rabu, 19 Ogos 2009

bulan yang ke 3

tengah sedap cari info pasal kehamilan yang masuk bulan ke 3 ni tetibe tebaca sati info kat blog pakarhowto pasal nama anak... ade jugak pepatah pasal memilih nama anak ni...
Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.
selain tu ade jugak waktu2 yang sesuai untuk memilih nama anak...
Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.
Siapakah yang berhak memberi nama?
Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.
Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya.
Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.
Pilihan nama yang baik.
Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

Isnin, 17 Ogos 2009

penangan orang baru...!






muka tahan sakit..! ehheehehe


bonjour..!

pergh.. penangan 'orang baru' ni hebat tul..!aku terpaksa ditahan di wad selama 2 hari 1 malam gara-gara badan kekurangan zat dan air akibat daripada 'mabuk' yang teruk..
mana taknye, makan muntah makan je muntah sampai kuar darah sebb perut luka..so hubby aku pon agak panik la bile aku bagitau aku muntah sampai 5 kali sehari.. sabtu pagi terus je g hospital razif , register dulu then check up terus di tahan kat wad.. aku dah la takde prepare paper.. alamak kena tahan.. nurse bawak naik kat wad tukar baju...wa...nak balik..!
sakit wo masuk air...! bengkak tangan den..

bayangkan 6 botol air masuk dalam badan... mau tak g toilet je..! selang setengah jam asyik sshshshsshhs je...